
Pengurusan Awesome TV berkata sukar menerima alasan itu kerana kontinjen mereka mempunyai bilangan ahli yang sedikit berbanding stesen penyiaran yang lain
“Jika alasan diberi beliau ialah untuk mengurangkan masa perarakan, mengapa tidak dikurangkan daripada kontinjen lain yang mempunyai ramai peserta supaya pasukan media penyiaran dapat diwakili secara lebih adil dan menyeluruh?.
“Pihak kami juga menghadapi kesukaran menghadam alasan menteri kerana warga kerja kami telah menghadiri beberapa siri latihan dan telah berhujan panas setelah menyambut pelawaan pihak penganjur untuk turut serta dalam perarakan Merdeka,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Fahmi memaklumkan pengguguran stesen televisyen, Awesome TV daripada acara perarakan sempena Hari Kebangsaan Ke-66 Khamis ini dibuat atas alasan masa yang terhad.
Beliau berkata bukan sahaja Awesome TV, malah ada beberapa pihak lain termasuk syarikat e-hailing Grab dan syarikat makanan dan minuman, Milo juga tidak dapat dimasukkan dalam acara berkenaan.