
Hajiji berkata, empangan itu akan dilancarkan pada Oktober dan siap pada 2027, dengan kapasiti 6,000 juta liter air sehari.
“Projek berkenaan adalah usahasama antara kerajaan negeri menerusi Sabah Energy Corporation dengan sektor swasta,” katanya, lapor Borneo Post.
Tambahnya, kerajaan Sabah sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan berhubung Empangan Papar, yang juga akan menjadi penyelesaian jangka panjang kepada isu bekalan air di negeri itu.
Beliau turut menjangkakan masalah bekalan air di Tuaran sehingga ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu dapat diselesaikan menjelang akhir tahun.
Awal bulan ini, Timbalan Ketua Menteri Shahelmey Yahya berkata, terdapat 29.2% kekurangan bekalan air ke Kota Kinabalu, terutamanya di bahagian utara daerah itu.
Tambahnya, gangguan bekalan air di Sabah adalah disebabkan permintaan air terawat melebihi 221 juta liter sehari, berbanding kapasiti semasa 171 juta liter.