
Naib Pengerusi PKR Selangor R Sivarasa menggesa kerajaan dan Dewan Undangan Negeri membincangkan pemberian sama rata ini, sambil menegaskan ia selaras prinsip Pakatan Harapan.
“Secara prinsip saya sokong bahawa hak peruntukan sama rata mesti diberi kepada Adun pembangkang,” katanya kepada FMT.
Menurut Sivarasa, sewaktu beliau menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal sejak 2008, isu peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat di peringkat persekutuan seringkali dibangkitkan, namun ia belum dilaksanakan secara menyeluruh.
“Perdirian ini saya utarakan lama, semasa jadi Ahli Parlimen lagi, tapi malangnya tidak dilakukan,” katanya.
Seusai PRU15 peringkat DUN Selangor, kedudukan di Dewan Undangan Negeri menyaksikan kerusi pembangkang bertambah kepada 22 DUN.
Kerajaan Perikatan Nasional di Kelantan baru-baru ini mengumumkan peruntukan sama rata akan diberikan kepada semua Adun.
Parti pemerintah di Kedah dan Perlis turut memberi jaminan ia akan berlaku adil kepada pembangkang.