61 SMKA, 228 SABK rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

61 SMKA, 228 SABK rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Kementerian Pendidikan berkata pelaksanaan itu disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.

Kementerian Pendidikan berkata pelaksanaan modul itu bertujuan memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan kefahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan dengan melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini, berkata pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi itu disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.

KPM memaklumkan pelaksanaan modul itu bertujuan memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan kefahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam.

“Inisiatif ini diharapkan mampu melahirkan generasi anak yang baik lagi cerdik seterusnya mengangkat karamah insaniah berdasarkan tiga elemen utama iaitu adab, akhlak dan integriti,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya lagi KPM sentiasa berusaha menerapkan nilai-nilai murni yang merangkumi elemen perpaduan, silang budaya, kepelbagaian agama dan saling menghormati antara kaum dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan di institusi-institusi pendidikan bawah kelolaannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.