Buruh didakwa bunuh pemandu teksi

Buruh didakwa bunuh pemandu teksi

Muhammad Hanif Mohd Rosli, 29, didakwa membunuh Mohd Latif Idris, 51, di tepi jalan depan Klinik Kesihatan Seberang Takir di Jalan Pantai Teluk Ketapang pada 10 Ogos lalu.

Muhammad Hanif Mohd Rosli meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu selepas didakwa di Mahkamah Majistret hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA TERENGGANU:
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang pemandu teksi di tepi jalan depan Klinik Kesihatan Seberang Takir di Kuala Nerus pada 10 Ogos lalu.

Muhammad Hanif Mohd Rosli, 29, mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan, tetapi tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa membunuh Mohd Latif Idris, 51, di tepi jalan depan Klinik Kesihatan Seberang Takir di Jalan Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus kira-kira 10.09 hingga 10.56 malam 10 Ogos lalu.

Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri menetapkan 27 Sept untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Khairuddin Idris, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahir Mat Jusoh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.