
Beliau seterusnya mengisytiharkan, maka haram bagi orang Islam bersama pihak berkenaan.
“Dan wajib fardu ain bagi umat Islam menentangnya,” kata Hadi di Facebook, tanpa memperincikan peristiwa diperkatakannya itu.
Beliau seterusnya berkata, PAS dan NGO Islam serta raja-raja Melayu tidak akan membiarkan “tindakan melampau” itu diteruskan.
Dalam pada itu, Hadi turut menyentuh tentang kerjasama PAS dan DAP sebelum ini, dan berkata ia hanya melibatkan perkara kemanusiaan sejagat. “Langsung tidak menyentuh dasar Islam dan aqidah.”
Pada 2015, ketika DAP dan PAS menganggotai Pakatan Rakyat, DAP memutuskan hubungan dengan Hadi kerana tidak lagi dapat bekerjasama dengan beliau, antara lain selepas mengambil kira pendirian Hadi dalam meneruskan pelaksanaan hudud.
Hadi menegaskan PAS “tidak boleh dibeli” walaupun memenangi puluhan kerusi dengan sokongan DAP. “PAS juga menolak tawaran yang lebih mahal apabila mendapat kerusi terbesar dalam PRU15 yang terkini.”