Varian baharu Covid-19 tak dikesan di Malaysia

Varian baharu Covid-19 tak dikesan di Malaysia

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata kementeriannya akan terus membuat pemantauan bagi mengekang penularannya varian BA.2.86 atau Pirola.

Dr Zaliha Mustafa menggalakkan individu layak menerima vaksin Covid-19 segera mendapatkannya sebagai perlindungan bagi mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan gejala teruk.
PETALING JAYA:
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengesahkan tiada varian baharu Covid-19 BA.2.86 dikesan di negara ini, tetapi kementeriannya akan terus membuat pemantauan bagi mengekang penularannya.

Beliau menggalakkan individu layak menerima vaksin Covid-19 segera mendapatkannya sebagai perlindungan bagi mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan gejala teruk selain menasihatkan pemakaian pelitup muka.

“Terutama mereka yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak,” katanya menurut Berita Harian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan BA.2.86 sebagai varian di bawah pemantauan. Ia mempunyai 36 mutasi berbanding varian XBB.1.5.

Jujukan varian baharu Covid-19 yang turut dikenali sebagai “Pirola” itu julung kali dikesan di Denmark pada 24 Julai lalu, diikuti 31 Julai, iaitu hari sama ia ditemui di Israel. Satu lagi kes jangkitan varian sama di kesan di Amerika Syarikat awal bulan ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.