
PETALING JAYA: Seorang pekerja kilang maut selepas dihempap forklift dalam kejadian di sebuah kilang di Bukit Raja, Klang, Selangor, tengah malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.35 tengah malam tadi.
Katanya, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati seorang remaja 18 tahun terperosok di bawah jentera berat berkenaan.
“Mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala.
“Mangsa dikeluarkan dan diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) namun disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, menurut Astro Awani.
Menurutnya, siasatan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.