
Beliau turut memegang portfolio pemodenan pentadbiran & pendigitalan kerajaan; komunikasi strategik; serta pendidikan & pembangunan modal insan.
Tiga Adun yang dilantik semula iaitu Izham Hashim (Pandan Indah), Borhan Aman Shah (Tanjung Sepat), dan Ng Sze Han (Kinrara) turut dipertanggungjawabkan dengan pembangunan negeri.
Izham diberi portfolio kemajuan prasarana serta pemodenan pertanian & perladangan; Borhan menggalas perumahan & pembangunan bandar lestari; manakala Ng dipertanggungjawabkan dengan pelaburan & perdagangan, pembangunan industri kecil dan sederhana & wilayah ekonomi baharu, serta mobiliti.
Barisan exco turut menampilkan tujuh muka baharu, iaitu Fahmi Ngah (Seri Setia), Najwan Halimi (Kota Anggerik), Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama), Papparaidu Veraman (Banting), Anfaal Saari (Taman Templer), dan Rizam Ismail (Sungai Air Tawar).
Amirudin mengumumkan portfolio exco negeri selepas mempengerusikan mesyuarat pertama exco Selangor bagi penggal ke-15.
Komposisi kerajaan perpaduan PH-BN itu merangkumi DAP (empat); PKR (tiga); Amanah (dua), dan BN (satu).
Berikut senarai penuh exco Selangor dan portfolio masing-masing:
1. Amirudin Shari (menteri besar)
- Pembangunan tanah & sumber alam
- Kewangan & tindakan ekonomi
- Pemodenan pentadbiran & digitalisasi kerajaan
- Komunikasi strategik
- Pendidikan & pembangunan modal insan
2. Ng Szhe Han (pelaburan, perdagangan & mobiliti)
- Pelaburan & perdagangan
- Pembangunan IKS & wilayah ekonomi baharu
- Mobiliti Selangor
- Pengerusi bersama Jawatankuasa Khas
Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor (Limas)
3. Izham Hashim (infrastruktur & pertanian)
- Kemajuan infrastruktur
- Pemodenan pertanian & perladangan
4. Borhan Aman Shah (perumahan & kebudayaan)
- Perumahan & pembangunan bandar lestari
- Kebudayaan, adat istiadat Melayu & warisan
5. Ng Suee Lim (kerajaan tempatan & pelancongan)
- Pembangunan kerajaan tempatan
- Pelancongan
- Pembangunan kampung baharu
- Pengerusi bersama Limas
6. Rizam Ismail (kemajuan desa & perpaduan)
- Kemajuan desa & luar bandar
- Kemampanan kampung tradisi
- Perpaduan nasional
7. Jamaliah Jamaluddin (kesihatan awam & alam sekitar)
- Kesihatan awam
- Alam sekitar, perubahan iklim & teknologi
hijau
8. Najwan Halimi (belia, sukan & keusahawanan)
- Pembangunan belia & kemajuan sukan
- Pemberdayaan usahawan & ekonomi kreatif
- Pengurusan bencana
9. Papparaidu Veraman (sumber manusia & pembasmian kemiskinan)
- Sumber manusia
- Pembasmian kemiskinan
- Hal ehwal Orang Asal & minoriti
- Pengerusi bersama Limas
10. Mohammad Fahmi Ngah (Agama Islam & pembudayaan inovasi)
- Hal ehwal agama Islam
- Industri halal
- Infrastruktur digital
- Pembudayaan sains, teknologi & inovasi
11. Anfaal Shaari (pembangunan wanita & kebajikan masyarakat)
- Pemberdayaan wanita & keluarga
- Kebajikan masyarakat
- Ekonomi penjagaan (care economy)