
Beliau turut menyampaikan bantuan peribadi kepada keluarga pemandu e-panggilan yang terkorban selepas keretanya dirempuh pesawat Beechcraft 390 terhempas di Lebuhraya Guthrie.
Katanya, wakil syarikat e-panggilan itu turut hadir dan akan membantu proses tuntutan insurans untuk keluarga mangsa.
“Nahas tersebut amat tragis dan menyedihkan. Kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk membantu dalam aspek kebajikan keluarga mangsa.
“Salam takziah kepada semua keluarga mangsa terkorban,” katanya dalam catatan Facebook.
Dalam kejadian 2.48 petang Khamis lalu, sebuah pesawat peribadi yang membawa dua kru dan enam penumpang terhempas di Bandar Elmina.
Semua yang berada dalam pesawat itu terkorban bersama dua orang awam, iaitu masing-masing seorang penunggang p-panggilan dan pemandu e-panggilan yang melalui tempat kejadian.