Laluan keluar masuk Persimpangan Elmina tutup sementara

Laluan keluar masuk Persimpangan Elmina tutup sementara

Ini bagi membolehkan serpihan nahas pesawat ringan yang berlaku hari ini dibersihkan dan siasatan selesai, menurut Prolintas.

Prolintas memaklumkan laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie ditutup sehingga lokasi nahas dibersihkan dan siasatan selesai.
KUALA LUMPUR:
Laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) ditutup sementara waktu berikutan insiden nahas pesawat berhampiran lokasi berkenaan hari ini.

Kumpulan Syarikat Prolintas (Prolintas) dalam kenyataan memaklumkan laluan berkenaan ditutup sehingga lokasi nahas dibersihkan dan siasatan selesai.

“Menurut laporan awal, kemalangan turut melibatkan sebuah motosikal. Pihak bomba, polis, ambulans dan Peronda GCE kini berada di lokasi kejadian untuk membersihkan serpihan nahas dan mengawal trafik,” menurut kenyataan itu.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif.

Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian hotline Prolintas di 1800 22 8888.

Menurut laporan media, 10 mangsa maut selepas pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu terhempas di Bandar Elmina dekat Shah Alam, Selangor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.