Cuti PRN, majikan digalak beri hari kelepasan am bergaji

Cuti PRN, majikan digalak beri hari kelepasan am bergaji

Kementerian Sumber Manusia memaklumkan ia bukan hari kelepasan am bergaji yang wajib diberikan tetapi majikan digalak berbuat demikian.

Kerajaan negeri terlibat dengan PRN pada 12 Ogos iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu mengisytiharkan 13 Ogos sebagai cuti peristiwa, manakala Selangor dan Negeri Sembilan pada 14 Ogos.
PUTRAJAYA:
Cuti sempena PRN yang diumumkan pada 13 dan 14 Ogos lepas merupakan hari kelepasan am tambahan yang diisytiharkan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), kata Kementerian Sumber Manusia (KSM).

KSM dalam kenyataannya hari ini, memaklumkan hari kelepasan am yang diisytiharkan itu bukan hari kelepasan am bergaji yang wajib diberikan mengikut seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955 (Akta 265).

“Walau bagaimanapun, pihak majikan yang terlibat digalakkan supaya memberi hari kelepasan am bergaji kepada pekerja yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan negeri yang terlibat dengan PRN pada 12 Ogos lepas iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu telah mengisytiharkan 13 Ogos sebagai cuti peristiwa, manakala Selangor dan Negeri Sembilan pada 14 Ogos.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.