
Sementara itu, Adun Temangan Mohamed Fadzli Hassan dilantik sebagai timbalan menteri besar, jawatan berkenaan sebelum ini disandang Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah.
Menurut Bernama, mereka mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang ini.
Sementara itu, PAS menerusi Facebooknya mengucapkan tahniah di atas pelantikan mereka.
“Gabungan ulama dan profesional yang akan membawa pembaharuan di negeri Cik Siti Wan Kembang,” katanya.
Sebelum PRN Sabtu lalu, PAS menawarkan kepimpinan baharu menggabungkan agamawan dan teknokrat bagi menerajui Kelantan, jika ia menang dan tertakluk kepada perkenan Sultan Kelantan.
Pilihan raya itu menyaksikan PAS menang 43 daripada 45 kerusi di Kelantan, mengekalkan pentadbiran di negeri itu.
Sebelum DUN dibubarkan, Nassuruddin memegang jawatan Exco pembangunan Islam, dakwah, penerangan dan hubungan seranta manakala Fadzli pula Exco pembangunan insan, pendidikan, pengajian tinggi, sains dan teknologi.