Memang kita ingin hubungan baik, Fahmi jawab hasrat Sanusi

Memang kita ingin hubungan baik, Fahmi jawab hasrat Sanusi

Ini menyusul kenyataan Sanusi yang mahu membuka lembaran baharu antara Kedah dan kerajaan persekutuan.

Fahmi Fadzil berkata, pentadbiran Anwar Ibrahim mahu menjalin hubungan baik, merapatkan silaturahim serta mengukuhkan ukhwah antara negeri dan pusat.
KUALA LUMPUR:
Merapatkan hubungan antara kerajaan persekutuan dan negeri sememangnya diinginkan pentadbiran Anwar Ibrahim, kata jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil.

Ditanya sama ada Putrajaya akan menyalurkan bantuan kepada Kedah selepas menteri besarnya, Sanusi Nor berkata tidak mahu ‘bergaduh’ dengan kerajaan persekutuan, Fahmi menjawab ia akan diteliti sepertimana disebut perdana menteri.

“Memang kita inginkan hubungan baik, rapatkan silaturahim, kukuhkan ukhwah antara negeri dan pusat,” katanya kepada pemberita usai pelancaran Perkhidmatan Pertahanan Digital Siber dan Keselamatan Asia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Fahmi yang juga menteri komunikasi dan digital berkata kementeriannya akan meneruskan usaha dirancang, seperti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di setiap DUN yang menyediakan capaian internet dan latihan berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat kepada masyarakat.

“Kita teruskan, tak jadi masalah,” katanya.

Fahmi menjawab kenyataan Sanusi yang menurutnya mahu membuka lembaran baharu antara Kedah dan kerajaan persekutuan. Pemimpin PAS itu juga dilaporkan berkata, apa yang berlaku ketika kempen PRU15 tidak sepatutnya “diambil hati”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.