Serangan ‘melampau’ PH-BN terhadap PN ‘makan diri’, kata Sanusi

Serangan ‘melampau’ PH-BN terhadap PN ‘makan diri’, kata Sanusi

Pemimpin PN Kedah berkata kerajaan perpaduan 'sengaja mengabaikan' pencapaian gabungan itu.

Sanusi Nor berkata rakyat Kedah mempercayai kerajaan PN.
YAN:
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) Kedah Sanusi Nor berkata serangan kerajaan perpaduan terhadap gabungan pembangkang di negeri itu “memakan diri”.

Katanya, ia juga faktor PN berjaya menang 33 kerusi di negeri itu semalam.

“Saya perhatikan bahawa serangan terhadap PN oleh kerajaan perpaduan melampaui batas, dan ia memakan diri.

“Kamu juga sengaja tidak mengendahkan pencapaian PN di negeri ini, rakyat nampak, kenapa tidak perasan?” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS Kedah.

Beliau turut mengaitkan kemenangan itu kepada rakyat Kedah sambil berkata ia membuktikan mereka mempercayai kerajaan PN.

Sanusi mengekalkan kerusi Jeneri dengan majoriti lebih 16,000 undi, menewaskan Khizri Abu Kassim daripada Umno.

Katanya, beliau berharap semua wakil rakyat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan menunaikan janji kepada pengundi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.