
Azizah Zakaria, 64, dan Zainuddin Nor, 74, dari Kampung Kering, Batu 8 berkata, walaupun berdepan kesukaran, mereka tidak pernah gagal memastikan mereka semua keluar mengundi.
“Saya akui memang sukar untuk menguruskan semua anak saya, tetapi tanggungjawab kita sebagai pengundi mesti dilaksanakan,” kata Azizah kepada FMT.
Katanya, anak perempuannya, Ida Diana, 42, Indas Ros, 41, dan Izzati, 26, telah mengundi sejak layak berbuat demikian.
Azizah berkata, dia dan suami memutuskan untuk keluar awal kerana lebih mudah mengaturkan diri bersama anak-anak pada waktu pagi sebelum berehat di rumah selepas itu.
Calon Pakatan Harapan (PH) Ismail Ahmad berdepan pertarungan satu lawan satu menentang Hanifah Abu Baker dari Perikatan Nasional (PN) di Labu.