
Pada PRN kali ini, seramai 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu.
Antaranya, 97,388 pengundi awal, yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis, tentera, dan pasangan.
Setakat ini, Terengganu mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi pada 70%, diikuti Kedah (68%) dan Pulau Pinang (67%).
Sementara itu, 65% pengundi keluar mengundi di Selangor, 62% di Negeri Sembilan, dan terendah di Kelantan sebanyak 56%.
Dalam pada itu, PRK Kuala Terengganu merekodkan 67% keluar mengundi.
Seramai 570 calon daripada sembilan parti dan 41 calon bebas bertanding pada PRN kali ini, merebut 245 kerusi DUN.