Hampir 59% keluar mengundi setakat 3 petang

Hampir 59% keluar mengundi setakat 3 petang

Terengganu dan Kedah masih mencatat peratusan keluar mengundi tertinggi, iaitu masing-masing 64% dan 63%.

Pada PRN kali ini, seramai 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
PETALING JAYA:
Setakat 3 petang, secara purata seramai 58.7% pengundi berdaftar keluar mengundi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada PRN kali ini, seramai 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu.

Antaranya, 97,388 pengundi awal, yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis, tentera, dan pasangan.

Setakat ini, Terengganu mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi pada 64%, diikuti Kedah (63%) dan Pulau Pinang (60%).

Sementara itu, 58% pengundi keluar mengundi di Selangor, 56% di Negeri Sembilan, dan terendah di Kelantan sebanyak 51%.

Dalam pada itu, PRK Kuala Terengganu merekodkan 59% keluar mengundi.

Seramai 570 calon daripada sembilan parti dan 41 calon bebas bertanding pada PRN kali ini, merebut 245 kerusi DUN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.