Hampir 51% keluar mengundi setakat 2 petang

Hampir 51% keluar mengundi setakat 2 petang

SPR berkata Kedah dan Terengganu rekod keluar undi tertinggi 56% manakala Kelantan terendah 45%.

Seramai 9,773,571 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.
PETALING JAYA:
Setakat 2 petang, kira-kira 51% pengundi berdaftar keluar mengundi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Keseluruhannya, 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu.

Setakat ini, Kedah dan Terengganu masing-masing 56%, Pulau Pinang (53%), Selangor (51%), Negeri Sembilan (49%), dan Kelantan (45%). Dalam pada itu PRK Kuala Terengganu merekodkan 52% keluar mengundi.

Enam kerajaan negeri itu sebelum ini memutuskan tidak mengadakan pilihan raya serentak pada PRU15, yang diadakan pada November tahun lalu.

Daripada jumlah berkenaan, 97,388 merupakan pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota polis, tentera, dan pasangan.

Seramai 570 calon, daripada sembilan parti dan 41 calon bebas bertanding pada PRN kali ini merebut 245 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.