Dr M yakin PN menang di Kedah, Kelantan, Terengganu

Dr M yakin PN menang di Kedah, Kelantan, Terengganu

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad percaya gabungan pembangkang mempunyai peluang baik di Negeri Sembilan and Selangor.

Dr Mahathir Mohamad mengundi di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, Alor Setar, Kedah, bagi DUN Anak Bukit. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perikatan Nasional (PN) dilihat mampu mengekalkan penguasaan di Kedah, Kelantan dan Terengganu, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga meramalkan gabungan pembangkang akan menunjukkan prestasi baik di Selangor serta Negeri Sembilan, dan tidak menolak mampu merampas kedua-dua negeri tersebut, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, peluang PN di Pulau Pinang sangat tipis.

“Saya yakin PN boleh menang lagi di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang akan ditadbir oleh PAS,” katanya.

“Di Selangor dan Negeri Sembilan tetap ada peluang. Pulau Pinang agak sukar sebab tak ramai kawasan yang PN boleh menang,” katanya selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah bagi DUN Anak Bukit.

Mahathir berkata, jika Pakatan Harapan (PH) kalah banyak kerusi dalam PRN enam negeri, ia boleh dianggap sebagai penolakan rakyat kepada kerajaan perpaduan.

“Ia hantar satu mesej kepada kerajaan pusat. Kita tengoklah kalau PH kalah banyak, mereka patut ambil berat tentang penolakan kerajaan ini oleh rakyat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.