Azmin optimis menang DUN Hulu Kelang

Azmin optimis menang DUN Hulu Kelang

Azmin Ali berkata sikap optimis itu berdasarkan sambutan luar biasa yang diterimanya ketika berkempen.

Azmin Ali dan isteri Shamshida Taharin selepas membuang undi di SK Klang Gate di Gombak pagi tadi.
KUALA LUMPUR:
Calon Perikatan Nasional (PN) Azmin Ali optimis untuk kembali dipilih sebagai wakil rakyat DUN Hulu Kelang, dengan sokongan yang pernah diberikan pengundi di kawasan itu pada 1999.

“Saya rasa teruja berpeluang mempunyai ‘kaitan semula’ dengan kerusi (Hulu Kelang) yang pernah saya tanding masa 1999.

“Dengan sokongan mereka (pengundi) terdahulu dan sambutan yang luar biasa ketika berkempen baru-baru ini, saya rasa optimis dapat terus menjadi wakil rakyat Hulu Kelang.

“Insya-Allah, hasrat PN untuk membentuk kerajaan negeri baharu di Selangor mampu tercapai,” katanya selepas selesai mengundi di SK Hulu Kelang.

Terdahulu, Azmin tiba bersama isterinya Shamshida Taharin di SK Klang Gate pada jam 8.50 pagi bagi menunaikan tanggungjawab membuang mengundi.

“Saya jangka bilangan pengundi yang datang tunaikan tanggungjawab amat memuaskan,” katanya.

Hulu Kelang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Azmin dan calon Pakatan Harapan (PH) Juwairiya, bekas Adun Bukit Melawati.

Azmin kali pertama mewakili Hulu Kelang pada 1999, sebelum menjadi Adun Bukit Antarabangsa. Hulu Kelang terletak di bawah Parlimen Gombak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.