
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berkata tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan Malaysia turut mengimport lembu dan kerbau dari Australia dengan nilai import dianggarkan RM25 juta.
Menurut agensi itu, Isnin lalu pihaknya telah mengadakan sesi libat urus dengan Jabatan Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia (DAFF) yang bersetuju berkongsi laporan hasil siasatan dakwaan dari Indonesia.
“Kita sedang menunggu laporan penuh dari DAFF bagi tindakan selanjutnya.
“Untuk memastikan sektor ternakan dalam negara terjamin bebas daripada sebarang risiko penyakit, kita sentiasa memastikan semua pengimportan ternakan hidup adalah mengikut protokol dan tatacara ditetapkan Kerajaan Malaysia,” menurut kenyataan.
LSD, yang menyebabkan lepuhan pada kulit lembu dan mengurangkan penghasilan susu, adalah penyakit mudah menjangkiti lembu serta kerbau, menerusi gigitan serangga, namun tidak membahayakan manusia.