
Anwar berkata kenyataan itu disifatkan tidak berasas kerana Kelantan menerima peruntukan besar di bawah pentadbirannya berbanding ketika ditadbir kerajaan campuran yang turut terdiri daripada Perikatan Nasional (PN) dari 2020 hingga 2022.
“Saya dah bagitahu peruntukan Kelantan paling tinggi, kita bantu tebatan banjir dan bagi air.
“Semasa dalam kerajaan (PAS dan Bersatu) sibuk soal lain, peruntukan Kelantan lebih kurang daripada sekarang…bagaimana dia kata anak tiri?,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik.
Beliau mengulas dakwaan Syahir dalam Debat Model Ekonomi Baharu Malaysia bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli malam tadi bahawa Kelantan masih menjadi negeri termiskin kerana dianaktirikan kerajaan Persekutuan.
Mengulas lanjut, Anwar turut mengingatkan Syahir supaya lebih berani membetulkan masalah dalam pentadbiran di Kelantan yang ditadbir PAS.
“Patut dia (Syahir) tanya bagaimana pengurusan Kelantan, patutnya pemimpin muda lebih berani membetulkan masalah dalaman selain memberikan cadangan,” katanya.