PN tak terlibat sepanduk berbaur provokasi, kata pemimpin Bersatu

PN tak terlibat sepanduk berbaur provokasi, kata pemimpin Bersatu

Terdahulu tersebar beberapa gambar menunjukkan sepanduk antaranya menyatakan bahawa dengan mengundi PN akan 'masuk syurga', serta 'bukan Melayu hanya menumpang'.

Antara sepanduk yang dinaikkan di sekitar Bangi. (Facebook pic)
PETALING JAYA:
Perikatan Nasional (PN) tidak terlibat dengan beberapa sepanduk berbaur provokasi yang dipasang di beberapa kawasan di Bangi, Selangor, baru-baru ini, menurut dua pemimpin Bersatu.

Terdahulu tersebar beberapa gambar menunjukkan sepanduk itu, antaranya menyatakan bahawa dengan mengundi PN akan “masuk syurga”, serta “bukan Melayu hanya menumpang” di “Tanah Melayu”.

Menurut satu lagi sepanduk, “orang muda akan sesat dan rosak jika undi kerajaan perpaduan’.

Ahli Majlis Pimpinan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mengecam pihak yang memasang sepanduk berkenaan, dengan berkata sepanduk berbaur provokasi perkauman itu dipasang pihak yang tidak bertanggungjawab.

“(Sepanduk) berbaur provokasi perkauman dinaikkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, dengan tujuan memberi gambaran seolah-olah PN yang menaikkannya.

“Kami langsung tidak terlibat, malahan kami giat berkempen secara sihat dan harmoni,” katanya sambil menambah, beliau telah mengarahkan jentera pilihan raya PN agar segera menurunkan sepanduk-sepanduk berkenaan apabila terlihatnya.

Wan Saiful, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, juga ialah ketua Bersatu Bangi.

Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Chong Fat Full turut menafikan gabungan itu terlibat dengan sepanduk-sepanduk itu, dengan berkata semestinya ia “bukan kerja PN”.

“Saya harap ia bukan kerja lawan kami juga. Mungkin penyokong-penyokong mereka (yang buat),” katanya kepada FMT.

Tambahnya, setiap parti politik dan calon mesti menghormati sistem pilihan raya demokratik dan berkempen dengan beradab.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.