Kerajaan negeri perlu selari pusat kefahaman lama, kata Samsuri

Kerajaan negeri perlu selari pusat kefahaman lama, kata Samsuri

Menteri besar Terengganu turut menegaskan PAS mampu menguruskan negeri itu sendiri.

Ahmad Samsuri Mokhtar menolak gesaan kerajaan negeri perlu selari dengan Putrajaya seperti diperjuangkan pemimpin BN-PH. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri Besar Terengganu Samsuri Mokhtar menyangkal kenyataan kerajaan pusat serta kerajaan negeri perlu selari dan menganggap ia sebagai “kefahaman lama”.

Samsuri turut menegaskan, “berdasarkan kefahamannya” PAS mampu menguruskan negeri itu sendiri.

“Boleh tanya dia (kerajaan) balik dia yakin ke kerajaan pusat boleh bertahan keadaan kegagalan dan kelemahan yang ada ketika ini,” katanya pada sidang media disiarkan dalam talian.

Samsuri yang juga naib presiden PAS berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin Barisan Nasional-Pakatan Harapan bahawa hubungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu selari bagi memastikan negeri itu maju.

Beberapa pemimpin kerajaan antaranya Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, berkata hubungan kerajaan pusat dan negeri perlu selari demi memastikan sebarang urusan pentadbiran serta pertumbuhan ekonomi memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Menurut Rafizi, perkara itu penting bagi memastikan apa sahaja isu berkaitan ekonomi tidak dipolitikkan sekiranya hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat tidak selari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.