
Beliau berkata, kenyataan timbalan presiden Bersatu itu menunjukkan beliau tidak faham proses perundangan.
“Cukup-cukuplah tu (dengan rancangan mahu menukar kepimpinan di peringkat pusat).
“Kita dah lalui perubahan demi perubahan kerajaan (sebelum ini) dan kita perlu ingat pesanan Yang di-Pertuan Agong betapa perlunya satu kerajaan yang stabil memimpin negara pada masa sekarang,” kata menurut Utusan Malaysia selepas meninjau gerak kerja PKR di Bilik Gerakan Utama PKR Bukit Besar, Kuala Terengganu.
Sambil itu, Nik Nazmi menasihati Faizal untuk terus fokus menjadi pembangkang baik dalam usaha membangunkan negara.
“Perbezaan politik kita tolak ketepi selepas PRN kerana kita nak stabilkan negara kita. Negara kita memerlukan pembangunan ekonomi, perlu pelaburan dan pekerjaan, kalau bertukar-tukar kerajaan, satu perancangan pun tak akan berlaku.
“Bercakap tu pun tak akan membantu memulihkan ekonomi negara kita. Jadi pembangkang yang baik cukuplah. Dia pun dah kalah,” katanya.
Semalam, media melaporkan Pengerusi PN Negeri Sembilan itu berkata, terdapat proses undang-undang yang boleh diambil untuk menukar sesebuah kerajaan persekutuan sekiranya PN menang pada PRN kali ini walaupun terdapat Akta Anti-Lompat Parti.