PRN: Mahu lihat politik stabil, penyokong DAP Dusun Tua sokong calon BN

PRN: Mahu lihat politik stabil, penyokong DAP Dusun Tua sokong calon BN

Dusun Tua antara dua kerusi Pakatan Harapan diserah kepada BN pada yang pada mulanya membangkitkan kemarahan penyokong DAP.

Johan Aziz bersama Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han berkempen di kawasan komuniti Cina di Dusun Tua. (Gambar Facebook)
HULU LANGAT:
Meski pun kecewa selepas penyandang dari DAP tidak berpeluang mempertahankan DUN Dusun Tua, penyokongnya kini menerima hakikat situasi politik semasa yang menyaksikan Johan Aziz dari Barisan Nasional (BN) dipilih mewakili gabungan perpaduan.

Seorang pengundi yang ingin dikenali Lee, 65, berkata sejujurnya beliau mahu melihat Edry Faizal Yusof kembali bertanding namun realitinya pengundi Cina di kerusi itu yang menjadi penyokong kuat DAP hanya sekitar 25%.

“Agak bahaya jika kekal letak DAP di sini, lebih-lebih bertembung calon Perikatan Nasional (PN), mungkin itu (calonkan Johan dari BN) strategi PH-BN untuk meningkatkan peluang kemenangan,”
katanya kepada FMT.

Pada PRN 12 Ogos ini, Johan berdepan Al Hafiz Ikhwan Mohamad Asaad dari Muda dan Azhar Hambali, mewakili Perikatan Nasional (PN).

Dusun Tua antara dua kerusi PH diserahkan kepada BN yang pada mulanya membangkitkan kemarahan dan rasa tidak puas hati ahli serta penyokong DAP di kawasan itu susulan pengguguran Edry.

Pada PRU14, Edry menang dengan majoriti 10,422 undi menewaskan calon BN dan PAS.

Sementara itu, Hii Kwong Han, 38 pula berkata beliau akan menyokong wakil PH-BN kerana mahu kestabilan politik sekarang dikekalkan apabila kerajaan pusat dan negeri ditadbir gabungan sama.

“Tak kira siapa calon asalkan mewakili perpaduan, dahulu saya cuma pangkah bila tengok logo PH.

“Paling penting selepas menang tunaikan janji dan politik negara kekal stabil, sudah cukup buat saya,” katanya.

Namun berbeza pula buat seorang pengundi DAP di Dusun Tua, Tan Keh Win, 26, yang setakat ini masih ragu-ragu untuk mengundi kerana Edry tidak dicalonkan semula.

“Saya bukan penyokong DAP, tetapi Edry sebelum ni memang bagus berkhidmat…harap wakil rakyat baharu nanti boleh contohi komitmennya,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.