
Presiden Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, bahawa hantaran tersebut tidak bersumberkan MBM atau mana-mana pertubuhan di bawah gabungan MBM.
Pesanan ringkas itu mendakwa pimpinan PAS pusat tidak akan melantik Sanusi sebagai menteri besar Kedah jika PN menang kerana ia akan merosakan imej PAS.
Izzat berkata penyebaran SMS itu berniat jahat dan tidak bertanggunjawab.
“MBM mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang berniat jahat dan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak sepanjang kempen PRN ke-15 ini.
“Sebarang usaha kempen yang bermatlamat memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat juga harus dielakkan oleh semua parti politik, katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut dan suatu laporan polis akan dilakukan dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang salah guna nama yang mengaitkan MBM.