PN janji elaun sehingga 3 bulan gaji untuk penjawat awam Selangor

PN janji elaun sehingga 3 bulan gaji untuk penjawat awam Selangor

Janji itu terkandung dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor bernilai lebih RM2 bilion bertemakan “Selangor Baharu, Kita Bangkit”.

Muhyiddin Yassin berkata inisiatif kepada penjawat awam itu sebagai mengiktiraf peranan sektor awam terhadap pembangunan negeri.
SHAH ALAM:
Elaun khas tahunan berjumlah dua hingga tiga bulan gaji akan diberikan kepada penjawat awam di Selangor jika Perikatan Nasional (PN) menang PRN Selangor 12 Ogos ini.

Janji itu terkandung dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor bernilai lebih RM2 bilion bertemakan “Selangor Baharu, Kita Bangkit”.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata inisiatif kepada penjawat awam itu diperuntukkan sebagai mengiktiraf peranan dan sumbangan sektor awam terhadap pembangunan negeri.

“Elaun khas tahunan sekurang-kurangnya dua bulan gaji akan diberikan kepada anggota perkhidmatan awam di Selangor.

“Jika kedudukan kewangan mengizinkan, kita akan pertimbangkan tiga bulan gaji,” katanya ketika mengumumkan tawaran PN Selangor malam ini.

Muhyiddin berkata satu jawatankuasa khas dianggotai pakar pelbagai bidang akan dibentuk bagi memantau segala inisiatif tawaran PN Selangor itu.

“Sebaik sahaja PN membentuk kerajaan Selangor, sebuah majlis tindakan pemulihan ekonomi negeri akan diwujudkan supaya tindakan segera boleh diambil dengan kerjasama pihak industri.

“Ia untuk merancakkan semula ekonomi Selangor dan menyegerakan penyelesaian masalah kos sara hidup rakyat,” katanya.

Antara tawaran lain diumumkan adalah seperti berikut:

  •  RM400 bagi pembelian barangan asas kepada 65,000 keluarga memerlukan (peruntukan RM312 juta)
  •  Elaun bulanan imam (RM1,700), bilal (RM800), siak (RM600) dan nazir (RM600)
  •  Perluas Skim Peduli Sihat kepada isi rumah berpendapatan bawah RM5,000
  •  Air percuma untuk 20 meter padu pertama kepada isi rumah berpendapatan bawah RM15,000
  •  Mengecualikan sepenuhnya bayaran sewa tapak perniagaan milik pihak berkuasa tempatan (PBT)
  •  RM50 juta untuk tingkat sosioekonomi masyarakat India dan Orang Asli

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.