BN beri laluan kepada Amanah untuk PRK Pulai, Simpang Jeram

BN beri laluan kepada Amanah untuk PRK Pulai, Simpang Jeram

Pimpinan BN merasakan Amanah berhak mempertahankan kerusi yang dimenangi timbalan presiden parti itu.

PETALING JAYA:
Pimpinan Barisan Nasional sepakat memberikan laluan kepada Amanah untuk bertanding PRK Parlimen Pulai dan PRK DUN Simpang Jeram, di Johor pada 9 Sept ini.

Pengerusi Zahid Hamidi berkata pimpinan BN merasakan Amanah berhak mempertahankan kerusi tersebut, yang kosong susulan kematian timbalan presiden parti itu, Salahuddin Ayub.

“Kita akan mendukung kedua-dua calon untuk kerusi itu,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 23 Julai setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Pada PRU15, Salahuddin menewaskan calon BN dan Perikatan Nasional dengan majoriti 33,174 undi di Pulai.

Pada PRU14, Salahuddin menepis cabaran calon BN, PAS, dan bebas dengan kelebihan 7,687 undi, atas tiket PKR.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.