Tahanan meninggal dunia ketika rawatan di klinik kesihatan Sarawak

Tahanan meninggal dunia ketika rawatan di klinik kesihatan Sarawak

Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Azri Ahmad berkata, lelaki itu mengadu sakit dada dan sukar bernafas ketika dalam perjalanan ke IPD Marudi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang tahanan meninggal dunia ketika dirawat di sebuah klinik kesihatan di Beluru, Sarawak Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Azri Ahmad berkata, lelaki berusia 50 tahun yang ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu, mengadu sakit dada dan sukar bernafas ketika dalam perjalanan ke IPD Marudi.

“Dia segera dibawa ke Klinik Kesihatan Beluru untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Tetapi, katanya, lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan klinik pada 10.30 malam Isnin dan mayatnya dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

Beliau berkata, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan ke atas kes itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.