Kenapa dulu boleh kawan DAP sekarang tidak, Saifuddin bidas PAS

Kenapa dulu boleh kawan DAP sekarang tidak, Saifuddin bidas PAS

Setiausaha agung PH itu berkata, PAS berubah daripada gembira bekerjasama dengan DAP selama 14 tahun dan kini memburukkan bekas sekutunya.

Saifuddin Nasution Ismail berucap dalam ceramah di Bandar Perda, Bukit Mertajam malam tadi.
BUKIT MERTAJAM:
PAS digesa menjelaskan sebab ia memburukkan DAP, walaupun hakikatnya ia pernah bekerjasama dengan parti itu lebih sedekad.

Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail berkata, PAS berkawan dengan DAP selama 14 tahun dan menyokong kerajaan negeri pimpinan PAS di Kedah serta Perak pada 2008.

“Ini menunjukkan dalil digunakan PAS ketika itu, yang mengatakan tiada salahnya parti Islam bekerjasama dengan DAP, adalah sempurna,” katanya dalam ceramah pilihan raya di sini, malam tadi.

“Namun, baru sekarang kita diberitahu Islam tidak membenarkan orang Islam berkawan dengan DAP. Soalan saya kepada rakan-rakan (kita) dalam PAS ialah: Apakah dalil yang anda gunakan selama 14 tahun dari 1999 hingga 2013 untuk berkawan dengan DAP? Kenapa dulu boleh, sekarang tidak?”

PAS bersekutu dengan DAP dalam gabungan Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat (PR) sehingga ia meninggalkan PR pada 2015.

Saifuddin yang berkempen untuk calon PH Seberang Jaya, Johari Kassim, menyeru pengundi Pulau Pinang menyokong PH dan BN supaya gabungan perpaduan itu dapat menerajui Pulau Pinang selama lima tahun lagi.

Beliau juga memberi amaran kepada rakyat Pulau Pinang tidak cuba melakukan sesuatu berbeza dalam PRN 12 Ogos dengan mengundi Perikatan Nasional.

“Ini bukan percubaan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.