Jatuh sakit di luar negara, Taib dalam fasa pemulihan

Jatuh sakit di luar negara, Taib dalam fasa pemulihan

Kerajaan negeri berkata dalam keadaan semasa tiada keperluan lantik pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud dalam proses pemulihan dan dapat melaksanakan tugas rasmi. (Gambar fail)
KUCHING:
Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud jatuh sakit semasa berada di luar negara dan kini dalam fasa pemulihan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata keadaan semasa tidak memerlukan pelantikan pemangku Yang Dipertua Negeri.

Beliau berkata, walaupun tidak berada di dalam negeri, Taib sentiasa berkomunikasi dengan kerajaan negeri dan dapat melaksanakan tugas rasmi.

“Kerajaan negeri akan sentiasa dimaklumkan tentang status kesihatan beliau dan tindakan selanjutnya akan berpandukan Undang-Undang Tubuh Negeri serta kepentingan Sarawak,” menurutnya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.