Mahdzir rayu sokongan pengundi, mahu terus kerja tertangguh di Pedu

Mahdzir rayu sokongan pengundi, mahu terus kerja tertangguh di Pedu

Mahdzir Khalid berkata banyak perkara tidak sempat ditunaikan di Parlimen Padang Terap akibat "ribut" pada pilihan raya umum November lalu.

Mahdzir Khalid memohon pengundi Pedu memberikan peluang kepadanya kembali berkhidmat.
PADANG TERAP:
Ketua Umno Kedah Mahdzir Khalid merayu pengundi DUN Pedu memberikannya peluang untuk meneruskan kerja yang tertangguh di kawasan itu selepas tewas pada PRU15 di Parlimen Padang Terap.

Bekas Ahli Parlimen Padang Terap itu berkata masih banyak perkara mahu dilakukannya dan tidak sempat ditunaikan akibat “ribut” pada pilihan raya umum November lalu.

“Saya mohon penduduk DUN Pedu dapat beri balik kepada saya sebagai wakil rakyat untuk sambung balik tugas tak selesai untuk rakyat,” katanya ditemui di Kampung Kubang Kenyeng.

Pada PRU15, bekas menteri besar Kedah itu tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Nurul Amin Hamid dengan majoriti 10,959 undi.

Mahdzir yang mewakili Barisan Nasional (BN) akan ditentang penyandang kerusi Pedu Mohd Radzi Md Amin dari PN pada PRN 12 Ogos depan.

Sementara itu, beliau yang juga pengerusi bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah berkata BN dan Pakatan Harapan (PH) kebijaksanaan Sultan Kedah untuk memilih menteri besar dari gabungan itu jika menang PRN.

“Biarlah Sultan Kedah (Sultan Salahuddin Sultan Badlishah) yang perkenan daripada kita war-warkan siap-siap, sebab insiden ini pernah berlaku di negeri lain,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.