Jais siasat aduan Fahmi berucap di ruang solat

Jais siasat aduan Fahmi berucap di ruang solat

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama, kata Jais.

Fahmi Fadzil didakwa berucap di ruang solat utama sebuah masjid di Rawang.
PETALING JAYA:
Jabatan Agama Islam Selangor melancarkan siasatan selepas menerima aduan berhubung gambar tular di media sosial berkenaan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama sebuah masjid di Rawang, semalam.

Pengarah Mohd Shahzihan Ahmad berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama.

“Jais menjalankan siasatan dengan memanggil nazir masjid berkenaan bagi mendapatkan keterangan dan tindakan selanjutnya akan dibuat setelah siasatan selesai dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

Shahzihan mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding supaya berhati-hati ketika berada dalam masjid dan kawasan rumah ibadat itu, bagi mengelakkan sebarang perlakuan yang boleh membawa kepada perbuatan melanggar titah Sultan Selangor dan ketetapan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang melanggar titah Sultan Selangor dan arahan Mais,” tegasnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.