Stor eksibit IPD Sepang dipecah masuk, kata KPN

Stor eksibit IPD Sepang dipecah masuk, kata KPN

Razarudin Husain berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain, berkata mengesahkan perkara itu dengan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk. (Gambar Utusan)
PETALING JAYA:
Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan stor eksibit IPD Sepang dipecah masuk, semalam.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berkaitan perkara itu.

“Ya, saya sahkan memang ada kes itu. Bagaimanapun, kita sedang menjalankan siasatan lanjut,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Terdahulu, tular laporan berkaitan kejadian terbabit yang mendakwa stor eksibit IPD Sepang dipecah masuk sehingga mengakibatkan beberapa barang kes dilarikan penjenayah.

Laporan itu turut mendakwa hasil pemeriksaan mendapati suspek memecah masuk dengan memotong dawai atas pagar bahagian stor dan memasuki melalui lubang kaunter tingkap stor.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Hussin Omar Khan, berkata pihaknya menjalankan siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk.

“Semuanya masih dalam tindakan polis,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.