
Jelasnya, ada juga pemimpin lantang mengkritik namun dikekalkan pucuk pimpinan yang membuat pelbagai pertimbangan sebelum dimuktamadkan Presiden Anwar Ibrahim.
“Tak (bukan sebab Rafie lantang kritik)…yang lain gugur juga. Ada (yang) kritik kasar dikekalkan.
“Kalau tengok PKR kali ini tak timbul soal itu, kita perlu calon Wanita pada PRN kali ini,” katanya kepada media selepas menghadiri jelajah Madani DUN Sikamat malam tadi.
Semalam, Rafie membuat kejutan apabila tampil sebagai calon bebas di DUN Ampangan yang menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru membabitkannya, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Muhammad Ghazali Zainal Abidin dari Perikatan Nasional.
Pada PRU14, Rafie yang mewakili PH, menang di kerusi itu dengan majoriti 1,360 undi.
Keahliannya dalam PKR gugur secara automatik berikutan tindakannya menjadi calon DUN Ampangan atas tiket bebas.