
Ketua Polis Kota Tinggi, Hussin Zamora, berkata semua pemandu lelaki warga tempatan berusia 44 hingga 64 tahun itu diambil keterangan, selepas pihaknya mengesan kenderaan mereka di Desaru pada 11.40 pagi tadi.
“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kota Tinggi menerima video tular berdurasi 71 saat mengenai kejadian itu pada 10 pagi tadi.
“Satu konvoi kereta mewah jenis Lamborghini dirakam memandu dalam keadaan merbahaya dengan memotong kenderaan lain secara melulu sehingga boleh menyebabkan kemalangan, ” katanya dalam kenyataan.
Hussin berkana, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Dalam video tular itu, beberapa kereta mewah dilihat memotong kenderaan secara berbahaya di lebuh raya satu lorong tersebut.
Beberapa kenderaan dari arah bertentangan juga memberikan isyarat lampu dan terpaksa menghimpit ke bahu jalan bagi mengelak bertembung kereta mewah itu.