
Beliau berkata, ini kerana bukan suaminya yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan bertanding DUN itu.
“Saya yang bertanding, bukan Tan Sri (Isa). Kenapa nak beri kesan kepada kempen pula. Kalau Tan Sri calon tidak apalah,” katanya pada Majlis Penyerahan Watikah Calon BN PRN Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, Bibi berharap lawannya di Juasseh, Eddin Syazlee Shith yang dicalonkan Perikatan Nasional (PN) semalam tidak menyerangnya dengan menggunakan isu peribadi seperti kes Isa.
“Kamu serang peribadi saya…saya juga boleh serang peribadi kamu. Kita tahu ‘performance’ (Eddin) macam mana di Kuala Pilah sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata, Isa akan turun membantu kempennya di DUN Juasseh.
Pada 26 Jun lalu, pendengaran rayuan Isa terhadap sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda bagi kesalahan rasuah berkaitan pembelian sebuah hotel di Sarawak, ditangguhkan sekali lagi selepas bekas pengerusi Felda itu dimasukkan ke hospital swasta di Seremban kerana masalah jantung.
Hakim Mahkamah Rayuan Hadhariah Syed Ismail yang menetapkan 16 Okt ini untuk pendengaran rayuan berkata, pihak mahkamah berharap Isa sihat pada tarikh pendengaran baharu itu.
Sebelum ini, rayuan ditetapkan pada 7 Mac lalu yang kemudian dijadualkan semula pada 26 Jun berikutan pihak pembelaan memerlukan masa untuk membalas hujahan pendakwaan.