Tanah mendap: Laluan arah Kuantan dibuka

Tanah mendap: Laluan arah Kuantan dibuka

Pengguna arah ke Kuala Lumpur masih perlu menggunakan laluan alternatif iaitu melalui keluar di persimpangan Bentong Timur dan masuk semula di persimpangan Bentong Barat.

Anih Berhad sebelum ini memaklumkan penutupan sebahagian lebuh raya itu di kedua-dua arah susulan tanah mendap berhampiran Plaza Tol Bentong. (Gambar Facebook JKR)
KUANTAN:
Sebahagian laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang ditutup sepenuhnya akibat tanah mendap di KM66.1 bermula malam Selasa, dibuka semula bagi arah timur.

Pembukaan semula laluan itu disahkan pemegang konsesi KLK, Anih Berhad menerusi Facebook dan Twitter pagi ini.

“Bagaimanapun, pengguna arah ke Kuala Lumpur masih perlu menggunakan laluan alternatif iaitu melalui keluar di persimpangan Bentong Timur dan masuk semula di persimpangan Bentong Barat,” menurutnya.

Anih Berhad sebelum ini memaklumkan penutupan sebahagian lebuh raya itu di kedua-dua arah susulan tanah mendap yang berlaku berhampiran Plaza Tol Bentong.

Kementerian Kerja Raya dalam kenyataan memaklumkan laporan awal Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mendapati tanah mendap itu akibat runtuhan terowong 2 Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang berada 13m bawah laluan tersebut.

MRL menerusi kenyataan memaklumkan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.