
Katanya, tiada “orang Cina dibunuh” atau “orang India dipenggal” di negeri pantai timur itu selama PAS mentadbir lebih tiga dekad.
Beliau berkata, walaupun orang bukan Islam kurang 10% daripada populasi negeri itu, mereka hidup aman.
“Sebab apa? Kita, orang Islam lagi kuat pegang agama dan pandai hormat orang. Kita wajib jaga orang bukan Islam.
“Saya tidak boleh khianat orang bukan Islam,” kata bekas menteri agama itu selepas pengumuman senarai calon Perikatan Nasional bagi PRN Pulau Pinang, malam tadi.
Beliau membalas dakwaan lawan PN, khasnya DAP bahawa masyarakat Cina berdepan kesukaran jika mereka bersekutu dengan PAS.
“Insya-Allah, PAS tidak akan menzalimi tuan-tuan dan puan-puan (orang bukan Melayu). Yakin dan percayalah.”
Beliau berkata demikian sehari selepas Ketua PN Selangor, Azmin Ali dilaporkan menggesa pengundi tidak takut dengan istilah gelombang hijau yang direka seteru PN untuk menakutkan pengundi daripada menyokong gabungan itu.