Pekerja swasta rugi RM1.2 juta diperdaya tawaran kerja tak wujud

Pekerja swasta rugi RM1.2 juta diperdaya tawaran kerja tak wujud

Mangsa mendakwa dihubungi seorang wanita menerusi satu aplikasi, menawarkan kerja sambilan dalam talian, kata polis.

Mangsa dimaklumkan akan mendapat pulangan dan komisen jika barangan berjaya dijual menerusi satu laman web.
PETALING JAYA:
Seorang pekerja swasta rugi RM1.2 juta selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian yang tidak wujud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, seorang lelaki berusia 30-an membuat laporan polis mendakwa ditawarkan kerja sambilan secara dalam talian oleh seorang wanita menerusi satu aplikasi pada 14 Mei lepas.

Katanya, mangsa dimaklumkan akan mendapat pulangan dan komisen jika barangan berjaya dijual menerusi satu laman web.

Mangsa kemudiannya membuat 27 transaksi pembayaran ke tujuh akaun bank antara 15 Mei hingga 13 Julai, melibatkan RM1.2 juta.

“Sehingga kini, mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM20,000 sahaja,” kata Mohd Azman, lapor Bernama.

“Mangsa menyedari ditipu apabila tidak lagi mendapat wang pulangan komisen yang dijanjikan oleh suspek.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.