Maqis rampas 28 tan daging ayam sejuk beku dari China

Maqis rampas 28 tan daging ayam sejuk beku dari China

Daging ayam itu tiada permit import, sijil kesihatan veterinar dan sijil halal, menurut Maqis Johor.

Pegawai Maqis memeriksa kotak berisi ayam sejuk beku dipercayai diseludup dari China yang dirampas di Pelabuhan Pasir Gudang. (Gambar Maqis)
JOHOR BAHRU:
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas 28 tan daging ayam sejuk beku bernilai RM289,386 disyaki diseludup dari China selepas melakukan pemeriksaan sebuah kontena di Pelabuhan Pasir Gudang pada Khamis lepas.

Menurut Maqis Johor, pemeriksaan pada 5 petang oleh pegawai penguat kuasa Maqis bersama pasukan penguatkuasa Jabatan Kastam mendapati semua daging ayam sejuk beku di dalam 1,840 kotak itu dibawa masuk tanpa sebarang dokumen.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, tiada sebarang label diletakkan pada semua kotak itu, malah dokumen konsainan tersebut tidak mempunyai dokumen permit import Maqis, sijil kesihatan veterinar dan sijil halal,” kata Maqis Johor dalam kenyataan.

Maqis Johor memaklumkan perbuatan itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.