
Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki berusia 21 tahun itu diminta hadir untuk dirakam keterangan di IPD Bentong pada Khamis ini, lapor Harian Metro.
“Siasatan dijalankan selepas polis menerima laporan daripada pegawai khas Ahli Parlimen itu pada 17 Julai lalu,” katanya.
Zaiham berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Pempengaruh itu dilaporkan memuat naik video mempertikaikan cara Young Syefura berpakaian di pentas ketika satu ceramah di Kedah baru-baru ini.
Pegawai khas Ahli Parlimen itu Noor Suhana Ishak berkata tindakan pempengaruh itu tidak boleh dibiarkan.