Salahuddin stabil, masih di ICU

Salahuddin stabil, masih di ICU

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa enggan mendedahkan punca Salahuddin Ayub mengalami pendarahan otak.

Dr Zaliha Mustafa berkata pasukan perubatan sedang memantau rapi kesihatan Salahuddin Ayub selepas menjalani pembedahan semalam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub kini stabil walaupun masih agak kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Katanya, pasukan perubatan sedang memantau rapi kesihatan Salahuddin selepas menjalani pembedahan semalam.

“Alhamdulillah, pembedahan semalam berjaya. Sama-sama kita doakan kesihatan beliau, insya-Allah sihat seperti sedia kala.

“Beliau masih berada di unit rawatan rapi (ICU) HSB dan insya-Allah saya juga akan melawat beliau hari ini,” katanya menurut Utusan Malaysia selepas merasmikan Program Madani Afiat & One Hour Malaysia Clean Up peringkat Terengganu di Program Perumahan Rakyat Padang Hiliran, Kuala Terengganu.

Zaliha bagaimanapun enggan mendedahkan punca pendarahan otak dialami Ahli Parlimen Pulai itu.

Semalam, setiausaha akhbar Salahuddin, Syakirin Husnal dalam kenyataan memaklumkan menteri itu dikejarkan ke wad kecemasan kira-kira 10.15 malam Jumaat selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Katanya, Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak oleh pakar di HSB.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.