
Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata, pengumuman itu adalah sebagai menjunjung titah Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar susulan kejayaan JDT mempertahankan kejuaraan tahun lepas dengan penuh gaya.
Beliau berkata, kemenangan skuad Harimau Selatan malam ini adalah yang kedua bagi 2023 selepas menjuarai Piala Sumbangsih awal tahun ini, dan Piala FA ketiga buat JDT.
“Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas segala perancangan serta usaha berterusan dalam membangunkan JDT menjadi sebuah kelab bola sepak yang disegani di Malaysia dan di rantau Asia.
“Buat semua peminat JDT, teruslah memberikan sokongan penuh dan menjadi pemain ke-12 untuk setiap perlawanan yang akan datang,” menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi hari ini.