Amanah tanding 31 kerusi di PRN 6 negeri

Amanah tanding 31 kerusi di PRN 6 negeri

Antaranya, 9 calon masing-masing di Selangor dan Kedah, serta 7 di Kelantan.

Tujuh daripada 31 calon yang diletakkan Amanah pada PRN 6 negeri terdiri daripada wanita, kata Mohamad Sabu. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Amanah akan meletakkan 31 calon pada PRN di enam negeri 12 Ogos ini.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, parti itu akan meletakkan sembilan calon masing-masing di Selangor dan Kedah, serta tujuh di Kelantan.

Parti itu juga akan meletakkan dua calon masing-masing di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada 31 calon itu, katanya, tujuh terdiri daripada wanita dan tujuh daripada Pemuda Amanah.

Sembilan calon adalah penyandang kerusi, manakala 15 muka baharu.

Calon-calonnya terdiri daripada:

Selangor

  • Sabak – Samad Hashim
  • Hulu Bernam – Amran Sakir
  • Taman Templer – Anfaal Saari
  • Batu Tiga – Danial Al-Rashid
  • Pandan Indah – Izham Hashim
  • Sungai Ramal – Mazwan Johar
  • Seri Serdang – Abbas Salimi Azmi
  • Meru – Mariam Abdul Rashid
  • Morib – Hasnul Baharudin

Kedah

  • Kota Seputeh – Dr Salmee Said
  • Kuala Nerang – Ridzwan Abu Bakar
  • Alor Mengkudu – Mahfuz Omar
  • Kubang Rotan – Asmirul Anuar Aris
  • Pengkalan Kundur – Dr Ismail Salleh
  • Tokai – Zainal Abidin Saad
  • Sungai Limau – Siti Balkhis Husain
  • Belantek – Mazli Saipi
  • Kupang – Suhaimi Hamzah

Kelantan

  • Kota Lama – Dr Hafidzah Mustakim
  • Pengkalan Pasir – Rushdan Mustafa
  • Demit – Ismail Ghani
  • Tawang – Mat Isa Che Dir
  • Kadok – Azizan Razak
  • Bukit Panau – Dr Samsu Adabi
  • Temangan – Abdul Kadir Othman

Terengganu

  • Batu Buruk – Zamir Ghazali
  • Ru Rendang – Suhaimi Sulaiman

Negeri Sembilan

  • Klawang – Bakri Sawir
  • Paroi – Norwani Ahmad

Pulau Pinang

  • Bayan Lepas – Azrul Mahathir Aziz
  • Permatang Pasir – Faiz Fadzil

Dalam pada itu, Mohamad Sabu berkata, dua kerusi lagi, DUN Tepuh dan DUN Bandar di Terengganu masih dalam rundingan, yang dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.