
Komander Operasi Armdan Mahat berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 12.08 tengah malam dan seramai 13 anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender, sebuah Light Fire Rescue Tender, satu tangki air serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digegaskan ke lokasi.
Beliau berkata, pasukan operasi melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, Jalan Hang Tuah dan Jalan Tun Razak.
“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan dua rumah tidak kekal dengan anggaran kemusnahan 100%.
“Kejadian tidak melibatkan mangsa manakala punca kebakaran dalam siasatan forensik,” katanya dalam kenyataan.