
Seperti pepatah Melayu “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”, Anwar berkata adalah menjadi tumpuan kerajaan perpaduan supaya kemiskinan dapat dinoktahkan pada tahun ini.
“Ini tentunya akan memberi manfaat kepada Negeri Sarawak, serta jurang mesti dirapatkan demi kemakmuran dan kesejahteraan kita bersama.
“Mewakili pihak kerajaan saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak,” katanya dalam catatan di Facebook.
Menurut perdana menteri, tarikh hari ini amat besar maknanya kepada rakyat Sarawak tatkala 60 tahun yang lalu negeri itu mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Inggeris iaitu pada 22 Julai 1963.
Katanya, tarikh itu juga menyaksikan Gabenor Inggeris terakhir, Alexander Waddell secara simbolik menyerahkan kuasa pentadbiran Sarawak kepada rakyat (self rule) melalui Stephen Kalong Ningkan sebagai ketua menteri Sarawak yang pertama.