
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, perkhidmatan kendalian SpaceX itu, yang diasaskan oleh usahawan teknologi terkemuka Elon Musk, akan bermula di institusi pengajian tinggi dan sekolah.
Perkara ini diumumkan seminggu selepas pertemuan maya antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Musk tentang pelaburan ke Malaysia.
“Sekarang ini, 97% kawasan berpenduduk mempunyai akses internet. Untuk baki 3% pula, ada isu geografi lokasi seperti kawasan pedalaman atau pulau terpencil yang menjadi cabaran kepada pembinaan rangkaian,” kata Fahmi di Facebook.
Tambahnya, kerajaan sedia bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan internet satelit ke arah 100% akses di kawasan berpenduduk.